gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Diminta Laporan Kesihatan Mental, Blake Lively Gugur Saman Kepada Justin Baldoni
HIBURAN
Sheila On 7, Nadin Amizah, DOLLA & Bunkface Bakal Gegarkan Latihan Pestapora Malaysia 2025
HIBURAN
Maxime Bouttier Beri Luna Maya Syarat, Baru Jumpa 5 Kali Lepas Kahwin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Apa Yang Saya Lihat Adalah Bahagia Seorang Abang Bersama Teman Hidupnya” - PU Riz

gempak
Mya Amri
13/04/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
“Apa Yang Saya Lihat Adalah Bahagia Seorang Abang Bersama Teman Hidupnya” - PU Riz
Pendakwah selebriti, Haris Ismail mengucapkan rasa syukur dan gembira buat abangnya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi, Aisyah Aziz pada Sabtu.

Bahagia seorang abang jelas terpancar

Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz membuat titipan istimewa itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Menurut Haris, menerusi perkahwinan itu, jelas terpancar sinar bahagia seorang abang bersama teman hidupnya.

“Bahagia selamanya untuk abang saya, Dr. Amir dan Aisyah Aziz.“Dari waktu akad dilafazkan sehinggalah saat kepulangan kami sekeluarga ke Malaysia, apa yang sempat saya lihat adalah bahagia seorang abang bersama teman hidupnya.“Semoga tuhan menjadikan perasaan ini sebagai tajuk hidup kalian berdua, insya-Allah.

“Adik panjatkan doa selamanya Allah lahirkan mawaddah, rahmah dalam percintaan hubungan rumah tangga kalian,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Neelofa Syukur Dapat Raikan Cinta Aisyah Aziz & Abang Ipar Di Singapura - “Sangat Gembira Alhamdulillah”

ARTIKEL BERKAITAN:Syukur Sambut Menantu Baharu, Ibu Aisyah Aziz Titip Doa Buat Puteri Tersayang - “Walau Akan Berada Jauh Di Mata…”

ARTIKEL BERKAITAN:Aisyah Aziz Mengaku Panas Bila Pakai Tudung - “Kadang-Kadang Saya Marah…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kugiran Masdo Gembira Dengan Penghijrahan Aisyah Aziz - “Dah Boleh Nampak Dia Perlahan-Lahan Berubah”

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat Samakan Suara Aisyah Aziz Persis ‘Modern Saloma’

Sentiasa kagumi abang

Dalam pada itu, Haris berkata, dia amat mengagumi sikap abangnya sejak kecil dan sering menjadikan contoh untuk sentiasa melakukan kebaikan.

“Kepada abang kesayangan saya, dari kecil sebenarnya adik mengagumi abang Amir dalam diam. “Dari pencapaian akademik sehinggalah contoh mahmudah yang telah ditampilkan.“Abang Amir orang yang hebat, apatah lagi sekarang sudahpun dikurniakan seorang isteri yang masya-Allah jua sopan santun, budi pekertinya.

“Seperti Bilal selalu ucapkan dikala dipeluk dan digomol ‘I love you to the moon and back’, kini adik guna terma yang sama pada kalian berdua,” coretnya.
View this post on Instagram
A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)
Terdahulu, pada Jumaat, Dr. Mohd. Fakhrudin Amin selamat bernikah dengan Aisyah yang juga merupakan adik kepada penyanyi, Aliff Aziz dalam sebuah majlis tertutup di Singapura.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Abang
#Aisyah Aziz
#PU Riz
#Haris Ismail
#Abang PU Riz
Must-Watch Video