Semalam, perhatian seluruh negara tertumpu kepada istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang berlangsung dalam satu majlis penuh adat istiadat diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Istiadat yang penuh gilang-gemilang itu kaya dengan adat resam, tradisi dan simbolisme turun-temurun Kesultanan Melayu, lapor Astro Awani.

Mari kita kenali puteri-puteri kepada Seri Paduka Baginda yang cantik dan anggun.

Tengku Puteri Iman Afzan adalah yang sulung antara tiga puteri selain Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana, iaitu hasil perkahwinan Yang di-Pertuan Agong dengan seorang aktres tahun 80-an, Cik Puan Julia Rais.

?? #imanxbakar

A post shared by Tengku Puteri Iman Afzan (@imanabdullah) on

Sehingga tahun 2013, Tengku Iman Afzan dan Tengku Ilisha Ameera telah menuntut di University of Nottingham manakala Tengku Ilyana pula belajar di Down House School yang juga terletak di England.

Tengku Puteri Iman Afzan telah melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos 2018 dengan pasangannya, dari kerabat Pahang, Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah dalam satu majlis yang penuh gilang-gemilang.

Seumpama diatur dengan penuh keberkatan, pasangan yang digelar bagai pinang dibelah dua itu telah dikurniakan Ilahi cahaya mata sulung mereka iaitu seorang putera, pada Selasa lalu (23 Julai).

Ternyata, kehadiran cucunda itu begitu istimewa, kerana ia suatu kurniaan kebahagiaan buat nenda-nenda, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah, apatah lagi menjelang hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Malah, berita kehadiran cucunda itu telah dikongsikan oleh Tunku Permaisuri Agong menerusi laman Twitternya.

Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah pula merupakan puteri keempat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Daulat Tuanku??

A post shared by Tengku Puteri Iman Afzan (@imanabdullah) on

Beliau merupakan pasangan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, yang juga merupakan putera kepada Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sisters ❤️

A post shared by Tengku Puteri Iman Afzan (@imanabdullah) on

Seorang lagi puteri, ialah Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah.

Beliau merupakan puteri bongsu kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Beliau berjaya menarik perhatian ramai ketika berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara apabila mengenakan persalinan yang yang pernah dikenakan bondanya Tunku Azizah semasa istiadat pertabalan nenda beliau Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada November 1984.

Diputerikan pada 27 April 2002, Tengku Jihan sering dilhat bersama bondanya, terutama sekali ketika mengiringi bonda beliau untuk ke majlis-majlis bersama rakyat.

Paling diingati ialah ketika Tunku Azizah berkenan berangkat untuk menyediakan juadah kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang tidak lama dahulu.

Sumber: Astro Awani