“Cantik, Dah Susut Banyak Baju Pun Longgar” – Majlis Akikah & Birthday Anak Tapi Almy Nadia Yang Jadi Bualan

Mya Amri
Februari 18, 2019 08:02 MYT
Pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia telah mengadakan majlis akikah dan sambutan hari jadi untuk dua anak mereka, Nur Afrina Ayra dan Nur Afrina Arianna pada Sabtu.
Namun apa yang menarik perhatian bukanlah anak yang dirai sebaliknya penampilan terbaru Almy Nadia.
Almy yang tampil sedondon mengenakan busana berwarna kuning pastel bersama suaminya kelihatan sungguh cantik dan comel.
Wajah Almy yang licin dan sentiasa tersenyum manis itu membuatkan ramai yang kagum dan memuji isteri kesayangan Fizz itu.
Rata-ratanya memberikan komen positif dan kata-kata semangat kepada Almy yang kini dalam proses mengurangkan berat badan selain memohon aktres itu berkongsi tips kecantikan wajahnya.
Almy mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, Aurora, 1 dan Nurafrina Ayra yang dilahirkan pada Disember lalu.
Foto: Instagram @fizzalmy
#pelakon #Almy Nadia #Pelakon #Almy Nadia