Aktres Atikah Suhaime berkongsi foto 'throwback' ketika usia kecil bersama rakan-rakannya di sekolah.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Atikah bertanya kepada netizen sama ada dapat meneka mana satu dirinya yang bergambar bersama rakan sekolah itu.

"90's kids, Boleh teka yang mana satu saya?" tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Atikah meninggalkan respon positif dan memuji kecomelan Atikah sewaktu kanak-kanak, ada juga yang menyifatkan aktres ini sudah kelihatan cantik sejak usia kecilnya.

"Kecil-kecil dah nampak gorgeous my sister ni.

"Cute lah.

"Cantik dari kecil lagi," tulis netizen.

90s kid. Can you guess which one is me? ??

A post shared by Atikah Suhaime ?????? (@therealatikahsuhaime) on

Sedikit info mengenai Atikah, aktres kelahiran Singapura ini mula bergiat di industri hiburan pada sekitar tahun 2010 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.