“Cantik Luar & Dalam…”- Siti Saleha Teruja Berjumpa Nicole Kidman

Syafiqah Jalal
Ogos 30, 2018 09:13 MYT
Pelakon Siti Saleha akui teruja apabila berpeluang bertemu pelakon antarabangsa, Nicole Kidman.
Siti Saleha memberitahu Nicole seorang wanita yang memberi inpirasi serta mempunyai kecantikan yang luar biasa.
“Tidak tergambar rasa gembiranya bertemu dengan Nicole Kidman. Seorang yang memberi inspirasi serta cantik luar dan dalam,” katanya.
Saleha berkongsi rasa keterujaannya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.
Dalam entri yang sama pelakon itu turut muat naik foto bersama idolanya itu dan memberitahu ia merupakan pertemuan eksklusif bersama pelakon luar negara itu di Rusia.
Menerusi sekeping lagi fotonya bersama Nicole, Saleha turut bergambar bersama barisan tetamu yang hadir termasuk bersama suaminya serta selebriti popular, Marion Caunter.
#pelakon #Siti Saleha #Pelakon #Nicole Kidman #Pelakon Antarabangsa