,
Hiburan

"Cantik Macam Princess!" - Foto Menarik Sekitar Majlis Resepsi Elvina Mohamad Bertemakan Fairytale

Kamaruddin Razal
26/03/2018
06:29 MYT
Pada malam Sabtu lalu, pelakon muda Elvina Mohamad mengadakan majlis resepsi perkahwinannya dengan usahawan permotoran, Datuk Haniff Borhan.
Berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, majlis resepsi tersebut berjalan dengan penuh meriah dengan kehadiran keluarga dan teman rapat.
Pelakon drama bersiri Ti Amo Sweetheart 100 Hari ini kelihatan jelita menyarungkan busana indah rona lilac rekaan Altelia Amani manakala Haniff tampil kemas dengan sut serba hitam.
Dirias cantik oleh jurusolek Bee Ramza, Elvina turut mendapat pujian peminat di laman Instagram yang menyamakan penampilannya bak puteri.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan oleh Sabhi Saddi, Tomok dan Qierra.
Rakan-rakan selebriti seperti Datin Eina Azman, Raysha Rizrose, Syamim Farid, Ruhainies, Mawar Rashid, Wak Doyok dan ramai lagi turut hadir memeriahkan majlis.
Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 23, sah bergelar isteri kepada Haniff, 32, dengan sekali lafaz pada 18 Mac lalu.
Pasangan itu diijabkabulkan dalam sebuah majlis sederhana di Taman Mahsuri Courtyard, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani dan disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak.
Jom kita lihat foto-foto menarik sekitar majlis resepsi Elvina dan Haniff:
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Tak Kisah Suami Jadi Pelakon - “Kalau Dia Minat, Saya Tiada Masalah, Tapi..”

gempak
21/10/2024
12:55 MYT
Pelakon, Ummi Nazeera tidak menolak sekiranya suami, Dr Mohd Izzar Anwari terjun ke bidang industri seni.
BorakSeeni