Jurusolek terkenal yang juga usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto solekan penyanyi Zizi Kirana dari jarak dekat.

Menerusi laman sosial Instagram, Alha memuat naik dua keping foto hasil sokelan Zizi pada majlis pernikahannya bersama aktor Yusuf Bahrin untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah, tahniah buat @zizi_kirana dan @yusuf_bahrin. Thanks for having me.

“Sebelum keluar sempat tukar lipstick sebab kena pakai mask kan, tak boleh yang kilat-kilat hehe. Thanks for having me @zizi_kirana. Korang bagi berapa bintang?” tulis Alha di ruangan kapsyen.

Pada majlis yang diadakan pada Ahad itu, Zizi yang tampil berbusana songket hitam mencuri tumpuan dengan hasil solekan berona jingga lembut di bahagian mata dan bibirnya.

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji hasil sentuhan magis tangan Alha yang menatarias wajah Zizi menjadi sangat cantik.

Ramai juga yang memberikan markah 10 bintang pada hasil solekan tersebut.

Cantiknya, suka tengok hasil solekan datuk,” komen seorang wargamaya.

Orang dah memang cantik, touch up pulak dengan sentuhan power @alhaalfa, auto cantik manis sangat,” puji seorang wargamaya.

Bila sentuhan make-up AA memang jadi berseri, cantik betul,” ujar seorang wargamaya.

Subhanallah, cantik naik seri pengantin. Kalau kami yang bukan artis ni, datuk amik tak kalau kami nak datuk yang mekap masa nikah?” tanya seorang wargamaya.

Berapa bintang datuk nak semua la dapat. Lawa gila tak terkata,” tulis seorang wargamaya.

Serius cantik nampak seri pengantin. Semua bintang datuk dapat,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 70,000 tanda suka daripada wargamaya.

Selain Zizi, antara selebriti yang pernah mendapat sentuhan solekan pengantin daripada Alha adalah Elisya Sandha, Ayda Jebat, Miera Leyana, Farah Nabilah dan ramai lagi.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36, dan Yusuf, 29, selamat dinikahkan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, pada jam 10.40 pagi semalam.

Penyanyi lagu Eh! itu menerima mas kahwin bernilai RM300, cincin, gelang tangan dan senaskhah al-Quran.

BACA: Tahniah! Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Selamat Nikah Pagi Ini