Pelakon Remy Ishak selamat bertunang dengan cinta hatinya yang dikenali sebagai Ezza Yusof semalam.

Difahamkan majlis pertunangan itu berlangsung di kediaman bakal isterinya yang terletak di Pahang membabitkan keluarga kedua belah pihak.

Walaupun berita tersebut agak mengejutkan namun peminat tidak lupa memberikan ucapan tahniah serta memuji kecantikan wanita pilihan Remy yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Menariknya, Ezza merupakan teman baik kepada pelakon Nad Zainal dan aktres itu juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Di sini Astro Gempak konsikan foto-foto menarik pasangan ini yang diambil menerusi akaun Instagram: