Cantiknya Lepas Berpantang, Ini Foto-Foto Menarik Sekitar Majlis Aqiqah Anak Dynas Mokhtar

Rozaimi Zubaidi
Julai 15, 2019 07:45 MYT
Majlis aqiqah serta kenduri kesyukuran Edriel Obil yang merupakan anak kepada pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar diadakan dengan meriah pada hujung minggu lalu.
Menerusi entri di Instagram, Dynas telah berkongsi foto-foto di sekitar majlis aqiqah anaknya.
Dynas dan suaminya, Shazrik Din mengenakan baju rona biru sedondon dengan anak mereka pada hari tersebut.
Majlis serba lancar itu turut dimeriahkan lagi dengan hiasan pelamin untuk bayi yang diraikan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat mereka.
Rata-rata memuji kecantikan Dynas selepas berpantang dan mereka turut mendoakan agar anaknya dapat membesar dengan sihat.
Dynas berkahwin dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.
Berikut merupakan foto-foto menarik sekitar majlis tersebut:
#pelakon #Dynas Mokhtar #Pelakon