Laman Utama

Cantiknya Musim Sejuk Di China - Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Filem On Your Mark Bermula Hari Ini

Azwa Rahman
26/08/2021
02:54 MYT
Filem pecah panggung di negara China pada tahun ini, On Your Mark kini bersedia menemui penonton Malaysia bermula hari ini.
On Your Mark sebelum ini ditayangkan di negara China cukup mendapat sambutan yang hebat sehingga berjaya menjadi filem pecah panggung karya anak Malaysia.
Di sini Gempak senaraikan lima sebab kenapa anda perlu menonton filem arahan Chiu Keng Guan ini. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di hari pertama tayangannya di Malaysia.
1. Jalan cerita yang digarap daripada kisah benar
On Your Mark atau tajuk asalnya “The Great Dad” atau “Liao Bu Qi de Lao Ba” ini merupakan sebuah karya yang diadaptasi daripada kisah benar satu keluarga di China.
Filem yang turut memberi penghormatan kepada bapa-bapa seluruh dunia yang memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak, tetapi dalam pelbagai cara.
Garapan penuh kasih sayang ini boleh membuat penonton menitis air mata kerana terkenang akan bapa sendiri, apatah lagi mereka yang terpaksa berjauhan di musim pandemik ini.
On Your Mark dibintangi pelakon hebat China seperti Wang Yanhui, Zhang Youhao, Gong Beibi, Zhao Liang, Li Yu, Liu Jinshan dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan.
2. Lokasi penggambaran di China
Filem ini menjalani penggambaran di Chongqing, China. Anda dapat melihat beberapa aktiviti harian masyarakat China yang jarang ditonjolkan oleh pengarah Malaysia sebelum ini.
Turut menjalani penggambaran pada musim sejuk, ada babak yang menunjukkan suasana taman hutan dipenuhi salji memutih yang terletak di daerah Sichuan. Cukup indah!
3. Pengarah anak Malaysia berbakat
Pengarah Chiu Keng Guan bukanlah nama yang asing dalam industri filem tempatan. Selepas satu demi satu filem arahannya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, On Your Mark merupakan satu bingkisan yang pastinya anda tidak mahu lepaskan.
Terdahulu, pengarah Chiu cemerlang dengan filem arahannya seperti OlaBola (2016), The Journey (2014), Think Big Big (2018), Great Day (2011) dan Woohoo! (2010).
Pengarah tersohor ini juga sememangnya terkenal dengan karya yang menerapkan unsur perpaduan, kekeluargaan, persahabatan dan semangat patriotisme dengan cukup santai.
4. Filem mengenai sukan maraton
Maraton menjadi antara aktiviti kegemaran rakyat Malaysia. Jika dilihat pada sebarang pertandingan maraton di sini, ramai mengambil bahagian tidak kira untuk memperbaiki catatan masa, demi kepuasan diri ataupun secara suka-suka.
Filem bergenre sukan banyak memberikan kita pengajaran. Tidak kira apa jenis sukan sekali pun sama ada popular atau tidak, filem ini cukup memberikan motivasi buat sesiapa yang menontonnya. Boleh jadi ia membuka mata serta minat anda terhadap sukan maraton.
5. Mesej yang ingin disampaikan
Antara mesej utama yang menjadi tunjang dalam filem ini adalah jangan putus asa. Seperti mana kehidupan seorang anak bersama bapanya ini, mereka terus berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka, capai apa yang mereka berdua mahu.
Kehidupan kadang kala tidak berlaku adil tetapi kita sebagai manusia jangan pernah sesekali menyerah dengan apa yang kita mahu. Seperti kata pengarah Chiu sewaktu ditemubual, fikir yang positif, jangan menyerah.
Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya.
Cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xiao Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.
Namun, sewaktu berlatih secara sembunyi, Xiao Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.
Saksikan filem hebat On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Chiu Keng Guan Bakal Hadir Dengan Buah Tangan Baharu Berjudul Ma I Love You, Cari Pelakon Utama Menerusi Ujibakat Terbuka

gempak
06/05/2022
07:50 MYT
Bakal ditayangkan pada tahun hadapan
Laman Utama

“Bermacam Perasaan Bila Tengok Cerita Ni” - Netizen Sayu Lihat Pengorbanan Bapa Dalam Filem On Your Mark

gempak
10/09/2021
09:33 MYT
Dah tonton ke belum?
Laman Utama

“Confirm Banjir Dengan Air Mata” - Soloz Seru Peminatnya Tonton Filem On Your Mark Di Astro First

gempak
05/09/2021
08:53 MYT
Siapa tak tengok lagi, GO!
Laman Utama

“Dibuat Dengan Kemas, Memang Kelebihan Chiu” - Razaisyam Rashid Puji Filem On Your Mark

gempak
03/09/2021
07:47 MYT
Filem yang laris di negeri China.
Hiburan

“Terus Teringat Ayah…” - Filem On Your Mark Sarat Emosi, Buat Netizen Terkenang Bapa Di Kampung

gempak
02/09/2021
08:49 MYT
Bila boleh balik kampung ni...