Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cantiknya! Peminat Puji Penampilan Scha Elinnea Berhijab - “Cantik, Dah Boleh Like Gambar”

Khairil Khusyairi
04/08/2024 08:55 MYT
Perkongsian pelakon Scha Elinnea mencuri perhatian warganet apabila tampil mengenakan hijab baru-baru ini.

Tampil Manis Berhijab

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 25, tampil sopan apabila bertudung litup di sebuah acara.

Difahamkan Scha mengenakan hijab tersebut ketika berkunjung ke negeri Terengganu tempoh hari.

Manis dan sopan, ternyata penampilan pelakon Mr Grey itu mendapat reaksi positif dikalangan peminat.

Peminat Puji

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memuji kecantikan Scha apabila berhijab.

“MasyaAllah nampak lain bila pakai tudung. Makin cantik,” tulis peminat.

“Lebih suka tengok kakak pakai jilbab auranya MasyaAllah,” komen peminat lain.

“Yeay dah boleh like gambar Scha, cantik,” puji netizen lagi.

“Cantiknya awak bertudung Scha,” komen netizen lagi.

“Weh lawa gila,” tulis netizen lain.

“Lawa sangat-sangat Scha pakai tudung,” puji peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Terbuka! Scha Elinnea Akhirnya Tayang Teman Lelaki - “He’s Not Malaysian…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Masa Saya Masih Alami…”- Scha Elinnea Kongsi Perkembangan Masalah Mental

ARTIKEL BERKAITAN: Scha Elinnea Padam Gambar Seksi, Bukan Sebab Nak Kahwin - "Saya Terbuka Hati Bila ..."

#pelakon #Berhijab #Tudung #Cantik #Scha Elinnea #Penampilan