Pelakon Erwin Dawson meluahkan rasa syukur apabila dapat berbawa ibu menunaikan umrah di tanah suci Makkah.

Erwin atau nama sebenarnya Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 30, berkongsi momen gembira itu di Instagram (IG) miliknya.

“Syukur Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga impian Erwin untuk pergi ke Makkah dan Madinah bersama mama. Love you ma,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mendoakan pemergian Erwin dan ibunya ke tanah suci dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

Syukur Alhamdulillah. Akhirnya tercapai jugak impian Erwin untuk pergi ke Makkah & Madinah bersama Mama. . Love you Ma?? . #BePositive #SpreadLove #Gratitude #ErwinDawson #MothersAreWinglessAngels #Makkah #Umrah #throwback

A post shared by Erwin Shah Dawson (@erwin_dawson) on


Malah tidak kurang juga ada turut memasang impian untuk sampai ke tanah suci Makkah bersama orang tersayang satu hari nanti.

Namun, Erwin sempat menjelaskan dia ke sana sekitar bulan lalu dan gambar yang dimuat naik hanyalah sekadar imbas kembali.

Sedikit info tentang Erwin, pelakon dan model kelahiran Singapura itu mula aktif berlakon di Malaysia sekitar tahun 2012 menerusi filem Cinta Kura-Kura.