Penyanyi rap Caprice enggan memaksa isterinya, Farra Inalis untuk berubah kerana desakan netizen atau orang ramai.

Kata Caprice, dia ingin wanita yang dikahwininya itu berubah kerana Allah dan dengan ikhlas hati.

"Ramai yang mesej dan komen 'tak nak tegur bini ker?'. Percayalah, saya dah buat. Saya tidak memaksa sesiapa kerana saya pun punyai kelemahan.

"Saya enggan dia berubah kerana saya, netizen atau orang awam. Saya mahu dia berubah kerana Allah.

"Menjadi tempoh yang sukar bagi dia sejak saya menariknya masuk ke dunia saya namun insya-Allah, saya harap akan sampai waktunya nanti," kata Caprice.



Malah, Caprice turut memberikan contoh tauladan baik artis tempatan yang kini sudah mula berhijrah antaranya Fazura, Zizi Kirana, Izara Aishah dan ramai lagi.

Disebabkan hal tidak berkongsi foto isteri di Instagram rasmi juga, Caprice akui mereka pernah berselisih faham.

"Baru semalam kita gaduh sikit sebab dia soal kenapa saya jarang post gambar dengan dia di IG.

"Saya katakan pada dia, satup-satunya cara saya berkongsi foto sama-sama dengan dia di sini (IG) hanya sekiranya dia berhijab.

"Nasib baik tak tidur kat sofa.

"Insya-Allah, saya sangat hargai mereka yang menasihati saya di DM dan saya akan cuba menjadi seorang suami dan bapa yang baik," tambah Caprice.

Caprice dan Farra telah mendirikan rumah tangga pada 15 November lalu. Untuk rekod, Farra punyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea yang sangat akrab dengan Caprice.