HIBURAN
Caprice Nasihat, Hentikan ‘Perang’ Rumah Tangga Di Media Sosial - “Setiap Kali Ibu Bapa Gaduh, The Real Mangsa Adalah Anak-Anak”
Penyanyi rap, Caprice menasihatkan bekas pasangan suami isteri pempengaruh, Jofliam dan Cik Epal supaya bertindak matang dan menyelesaikan hal rumah tangga dengan baik.
Khuatir ganggu emosi anak-anak
Menurut Caprice, hal rumah tangga seeloknya tidak dipertontonkan di hadapan anak-anak kerana khuatir akan menganggu emosi mereka.“Kesian anak-anak. Setiap kali ibu bapa bergaduh antara satu sama lain, mangsa yang sebenar adalah anak-anak,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Mohon permudahkan urusan bekas isteri
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran lain, Caprice juga menasihatkan sebagai lelaki seharusnya permudahkan sahaja tuntutan isteri yang mahukan kembali barangnya di dalam rumah tersebut.“Dan bila difikirkan kembali, tiada apa pun daripada barang korang boleh bawa pun dalam kubur ,” ujarnya.“Sebagai lelaki, bagi sahajalah apa yang dia tuntut yang memang barang dia. Tak kisahlah peti ais ke, pinggan ke, bag tangan ke, bagi sahajalah.“Kita sebagai lelaki boleh mulakan perjalanan hidup baharu, isteri baharu, beli sahaja barang baharu bukannya hang tak mampu.
Terdahulu, Cik Epal sebelum ini telah berkongsi video dari perspektifnya sendiri, mendakwa dirinya dicakar sehingga mengalami kecederaan di bahagian mata ketika insiden di rumah tersebut.
BERITA TRENDING:Dakwa Jofliam ‘Spin’ Cerita, Cik Epal Hanya ‘Defend’ Diri Bila Dewi Mula Serang - “Video Bini Kau Start Cakar, Lukakan Mata Aku Kenapa Tak Post?”
BERITA TRENDING:Jofliam Kongsi Video Cik Epal 'Bergelut' Dengan Dewi - “Tiba-Tiba Menggila, Buat Anak-Anak Takut Menjerit”
BERITA TRENDING:Netizen Amuk Lihat Perangai Biadap Dewi! Persoal Kenapa Sukarkan Proses Ambil Barang Cik Epal - “Kau Ni Kenapa? Apa Yang Jahat Sangat Ni!”
BERITA TRENDING:"Kalau Ada Maruah, Tak Hamak Sila Pulangkan" - Cik Epal Minta Balik Perkakas Dapur, Kasut & Pakaian Parents Dari Jofliam
BERITA TRENDING:Perlekeh Cik Epal Bersalin Guna Epidural & Gelar Sebagai ‘Cheat Code’, Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu - “Moga Ada Kifarah Untuk Orang Mulut Puaka Macam Ni!”
Tidak berdiam diri, bekas suaminya, Jofliam memuat naik sebuah video baru di media sosial, memperlihatkan suasana tegang di rumahnya yang melibatkan Cik Epal dan isteri baharunya, Dewi.Setakat ini, kedua-dua pihak dilihat saling berkongsi bukti masing-masing di media sosial, dan situasi ini dijangka terus menjadi perhatian ramai dalam masa terdekat
Must-Watch Video