VIRAL
Netizen Amuk Lihat Perangai Biadap Dewi! Persoal Kenapa Sukarkan Proses Ambil Barang Cik Epal - “Kau Ni Kenapa? Apa Yang Jahat Sangat Ni!”
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Cik Epal mendedahkan proses pengambilan barang-barang miliknya di kediaman lama menjadi sukar selepas dihalang oleh isteri bekas suaminya iaitu Dewi.
Tindakan Dewi undang kemarahan netizen
Cik Epal menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya turut memuat naik video pendek yang merakamkan tindakan Dewi menutup pintu sebaik sahaja dirinya tiba di kediaman tersebut.
Selain itu, Cik Epal turut mendakwa wanita itu telah mencederakan bahagian matanya.
Bagaimanapun tindakan Dewi itu ternyata telah mengundang kemarahan netizen.
Rata-rata netizen mendakwa Dewi bertindak kejam selain melabelkan wanita itu sebagai seorang yang jahat kerana dilihat seolah-olah sengaja mengganggu proses pengambilan barang Cik Epal.
Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen mencadangkan supaya Cik Epal membuat laporan polis untuk menuntut keadilan.




BERITA TRENDING:Ernie Zakri Bersuara! Mahu Boikot Perniagaan Jofliam - “Kitanya Geng Epi Epi Jugek…”
BERITA TRENDING:Cik Epal Respons Isu Video ‘Seluar Dalam’ Bersepah Yang Tular: “Tak Pernah Pulak Aku Letak Pad Terbalik”
BERITA TRENDING:“Ambil Barang Hari Isnin, Tapi Bawa Resit!” - Jofliam Balas Balik Tuduhan Cik Epal, Bongkar Kronologi Pecah Masuk Rumah & 'Kisah Spender'
BERITA TRENDING:"Kalau Ada Maruah, Tak Hamak Sila Pulangkan" - Cik Epal Minta Balik Perkakas Dapur, Kasut & Pakaian Parents Dari Jofliam
Terdahulu, Cik Epal secara lantang menuntut pelbagai barangan peribadi dipulangkan termasuk Thermomix, kasut, pinggan mangkuk dan passport anak-anak.
Dalam beberapa siri Instagram Story, Jofliam pula menegaskan bahawa dia telah mengemas semua barangan yang dituntut dan meminta Cik Epal datang mengambilnya pada hari Isnin, dengan syarat.
Tambah Jofliam, isterinya sekarang, Emira Delyati, telah memberikan keizinan kepada Cik Epal untuk masuk ke rumah bagi mengambil barangan tersebut, asalkan ia disertakan dengan bukti pembelian.
Must-Watch Video