“Cara Cakap Macam I Ni Rampas Suami Orang Pula” – Shima Anuar Komen Video Cium Mulut Suami

Mya Amri
April 12, 2018 14:00 MYT
Pelakon Shima Anuar membidas kenyataan netizen yang mendakwa dirinya tidak menghormati bekas isteri suaminya apabila berkongsi video ‘boomerang’ bercium secara terbuka di laman sosial.
Tindakan tersebut mengundang rasa kurang senang netizen kerana aksi itu dianggap sebagai kurang sopan untuk didedahkan kepada umum.
“Walaupun kamu berdua kini sudah menjadi suami isteri, respek sikit dengan orang-orang yang ada dalam hidup dia sebelum you datang.
“Bekas isteri dan anak-anak, saya mengenali mereka. They are all a good and lovely people. Have some respect,” tulis seorang pengguna.
Bagaimanapun komen tersebut menarik perhatian Shima dan aktres itu kemudiannya membidas kenyataan tersebut.
“Urm cara u cakap macam i ni macam i rampas suami orang pulak. Awak kata awak mengenali mereka? Then mesti you tau bekas isterinya dah mulakan hidup baru sebelum i kenal my husband lagi.
“Dan untuk makluman, i baik and tak ada masalah dengan kak Sya and the kids. Selalu je jumpa. Jadi, please please jangan cakap anything macam i ni perampas dan penyebab mereka bercerai. I’m so sorry kalau u tak suka tengok,” tulisnya.
Komen Shima itu mendapat sokongan peminatnya dan mereka juga meminta supaya Shima abaikan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.
Terdahulu, Shima berkongsi video tersebut bersempena dengan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama semalam.
Shima Anuar telah selamat bernikah dengan Mohd Solih Toha, 41, pada 8 April tahun lalu.
Pasangan ini dikurniakan kemudiannya dikurniakan cahaya mata pada 12 Disember 2017 yang diberi nama Marian Sophia Mohd Solih.
Solih merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini serta memiliki dua cahaya mata.
Foto/video: Instagram @shimanuar
#pelakon #Pelakon #Shima Anuar