Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Upiak Isil akui menjadikan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pemangkin semangat ketika berjuang di konsert keenam, Ahad lalu.

Menurut Upiak, sebelum konsert GV8 bermula, dia berkesempatan untuk menonton pelancaran video dokumentari Siti: Are You Ready?.

“Lepas tonton pelancaran video persembahan Datuk Siti, cara dia naik atas stage, dia tanya pada diri dia.

“Jadi untuk konsert minggu ini pun Upiak buat perkara sama, tanya pada diri Upiak sendiri. Itu yang Upiak lakukan.

“Ada hikmahnya Upiak datang masa pelancaran itu,” katanya.

Tambah Upiak lagi, dia sebenarnya berpuas hati dengan persembahan Ahad lalu terutama apabila diberi peluang berduet dengan Usop.

“Upiak puas hati kerja keras, habis konsert minggu kelima, Upiak balik terus dengar lagu Sembunyi nyanyian Misha Omar dan Andi Flop Poppy.

“Upiak tak mahu sia-siakan, sampai betul-betul titik darah peluh kehabisan,” katanya.

Terdahulu, Upiak menjadi GV8 ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keenam yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Upiak mendapat markah 56.3% gagal meneruskan perjuangan pada minggu yang berbaki cuma empat konsert.

BACA: GV8: Beza 0.1% Dengan Bandi Amuk, Upiak Isil Tersingkir Dengan Markah …

Dalam perkembangan lain, jangan lupa saksikan dokumentari Siti: Are You Ready?, sebuah projek daripada Siti Nurhaliza Production dan Shiraz Projects yang menghidupkan kembali momen-momen istimewa konsert jelajah Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour dua tahun lalu.

Dokumentari tersebut dan konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert boleh ditonton di pawagam rumah anda menerusi Astro First bermula 30 Disember ini.

Pada harga RM19.90 sahaja, peminat boleh menonton kedua-duanya selama 48 jam secara berulang.

Bagi mereka yang berada di luar Malaysia dan Brunei boleh melanggan di platform Video on Demand bermula 30 Disember dengan harga USD4.99, juga boleh menonton selama 48 jam secara berulang.