HIBURAN
“Cara Dia Lebih Mesra Berbanding ...” - Netizen Puji Muaz Zabir Pandai Layan Anak-Anak Bella Astillah
Pelakon, Muaz Zabir sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas keakrabannya bersama anak-anak Bella Astillah tular di TikTok.
Menerusi satu perkongsian video, pelakon itu dilihat sedang melakukan ‘challenge’ TikTok bersama Ayden Adrean dan Ara Adreanna serta beberapa individu lain.
“Drama ini princess,” tulis Muaz ringkas di ruangan kapsyen.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang tampil memuji sikap Muaz yang dilihat sangat penyayang dan mesra melayan Ayden dan Ara.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Alahai, sentuh sikit je rambut Ara terus mengada-ngada.”
“Cara Muaz lebih mesra dengan budak berbanding cara YB yang agak takut-takut. Maksud saya adalah kemesraan dan cara melayan. Muaz nampak lembut layannya terhadap anak-anak Bella.”
“Ara rapat dengan Muaz yang Ayden rapat dengan YB. Macam mana ni,” komen netizen.