HIBURAN
“Sudah Berdamai Dengan Takdir, Saya Hanya Mampu Merancang” - Muaz Zabir Respons Kemesraan Bella Astillah-Syed Saddiq
Pernah berteman rapat dengan penyanyi Bella Astillah, pelakon Muaz Zabir mengakui telah reda dengan takdir selepas melihat penyanyi tersebut kini lebih akrab dengan ahli politik, Syed Saddiq.
Muaz atau nama lengkapnya Muaz Mohamad Zabir hanya mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.
“Saya dan Bella pernah rapat dan kami sudah berdamai dengan takdir yang tak boleh diubah. Jadi, kami teruskan kehidupan dengan versi lebih baik.
“Masing-masing sibuk dengan kerja dan tak tahu sampai mereka jadi fenomena. Sedikit sebanyak boleh bantu produk.
“Saya rasa ada keserasian dalam kehidupan mereka. Nak cakap lebih- lebih tak boleh, saya doakan yang terbaik buat mereka. Seandainya boleh buat masing-masing gembira,” katanya ketika ditemui semasa sidang akhbar Gerobok Biru Gegak Gempita Raya di WTC Kuala Lumpur.
Berkongsi lebih lanjut, pelakon berusia 28 tahun itu juga tidak menafikan dakwaan mengenai hubungan rapatnya bersama Bella sebelum ini.
“Tak pernah nafi kami pernah rapat dari awal kontroversi kami keluar.
“Kenyataan pertama saya kepada seluruh netizen dan rakyat memang saya tak nafi cuma perkara tersebut sudah berlalu.
“Kami mampu merancang Tuhan yang menentukan, itu sebaik ketentuan,” ujarnya.
Hubungan masih baik
Pelakon drama Keluarga itu juga memaklumkan hubungannya dengan Bella kini masih dalam keadaan baik walaupun pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta.
“Saya dengan Bella tiada isu sama ada tidak bertegur atau bergaduh.
“Kami ada juga jumpa untuk mesyuarat bersama duta-duta lain. Jadi, kami memang dalam keadaan baik,” jelasnya.
Terdahulu, namanya meledak apabila didakwa menjalin hubungan cinta dengan Bella ketika aktres itu masih bergelar isteri Aliff sekitar Oktober 2023.
Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, tampil mengeluarkan kenyataan pernah bermain cinta dengan Muaz untuk mencetuskan rasa cemburu bekas suaminya, Aliff Aziz yang ketika itu berlaku curang dengan wanita lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Sweet Bella & Syed Saddiq Dah Sampai Ke Korea, Peminat BASS Teruja - “Semoga Berjodoh Hingga Ke Jenjang Pelamin”
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Kacau Bella, Tu Saya Punya” - Syed Saddiq
ARTIKEL BERKAITAN: Abang Pun Restu Syed Saddiq Dengan Bella Astillah, Mohon Doa Yang Baik-Baik - “Saya Jarang Nampak Dia Happy Macam Ni”
Must-Watch Video