,
Hiburan

"Cara Saya Lurus, Mungkin Sebab Itu Orang Tak Senang" - Hans Isaac

Hanafis Haris
04/06/2020
08:27 MYT
Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac mendakwa kesilapan terbesarnya sepanjang berkhidmat adalah terlalu lurus.
Menurut Hans, sikap telus dalam bekerja membuatkan dirinya tidak disenangi sesetengah pihak.
"Ya saya mengakui saya tidak pandai 'bermain', cara saya lurus je, itulah Hans Isaac.
"Mungkin sebab itu itu juga orang tak senang dengan cara saya. Malah sebab itu juga saya rasa saya jadi mangsa keadaan," katanya.
Tambahnya, sepanjang berkhidmat di FINAS, dia percaya pada prinsip yang mana perbadanan itu tidak boleh membabitkan sebarang agenda politik.
"Saya tidak ada agenda politik sepanjang dalam agensi itu. Dari dulu lagi saya selalu cakap, industri kreatif tak boleh babitkan politik. Kalau ada, ia memang takkan berjaya dan masalah ini dah lama berlaku.
"Jadi, apabila saya ditamatkan kontrak, sedikit pun tak terasa hati. Malah sebelum terima panggilan pembatalan kontrak pun, saya sudah jangka benda ini akan berlaku.
"Kalau asyik tukar sebelum habiskan kontrak, sampai bila pun masalah tak selesai," katanya.
Untuk rekod, Hans yang dilantik menjadi Pengerusi Finas pada 8 April tahun lalu ditamatkan kontrak daripada jawatan itu pada 23 Mei lalu.
Tempat Hans digantikan dengan Zakaria Abd Hamid yang juga aktivis masyarakat.
BACA: “Segala Penantian Sudah Berakhir…”- Hans Issac Bukan Lagi Pengerusi FINAS
BACA: “Ketika Itu Saya Seperti Diikat” - Hans Issac Perjelas Mengapa Mendiamkan Diri Sepanjang 4 Bulan Lalu!
BACA: "Satu Sen Pun Saya Tak Nak Ambil" - Hans Isaac 'Pulangkan' Duit Gaji & Elaun FINAS Dengan Cara...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Pernah Minta Duit Netizen, Farid Kamil Anggap Musim Cerai Ada Kaitan Dengan Politik - “Awak Tak Perasan Ke Semua…”

gempak
31/10/2024
03:25 MYT
Pelakon Farid Kamil memberitahu dia tidak pernah meminta wang daripada netizen sepanjang 15 tahun mengharungi rumah tangganya bersama isteri, aktres Diana Danielle.
Hiburan

Kejayaan Di Indonesia, Pengerusi Finas Puji Anna Jobling

gempak
10/10/2024
21:27 MYT
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman menyifatkan pencapaian Anna Jobling sebagai pelakon utama dalam filem Indonesia, Lembayung dan Laut Tengah sebagai satu kebanggaan besar bukan sahaja untuk dirinya tetapi buat industri filem Malaysia.
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

gempak
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Hiburan

Urusan Permohonan Rumah PPR Berjalan Lancar, Zaiton Sameon: "Kemungkinan Dapat Menginap Di Situ Tidak Lama Lagi"

gempak
08/04/2024
02:55 MYT
Alhamdulillah...
Unitar