"Cari Benda Tersembunyi" - Dilema Mak Mak, Gambar Anak Masuk Dalam Kain Ramona Bikin Netizen Terhibur

Amri Hassan
April 4, 2019 04:12 MYT
Kalau selalu kita tengok troll menerusi karikatur dan animasi dilema anak masuk dalam kain seperti yang sering dialami wanita bergelar ibu, kali ini situasi itu benar-benar berlaku.
Pelakon Ramona Zamzam berkongsi situasi mencuit hati itu menerusi sekeping foto Instagramnya baru-baru ini.
Dalam foto berkenaan, kelihatan Ramona sedang sibuk menggosok pakaian sambil berdiri manakala anak tunggalnya, Ivanna Alashkar sedang bermain-main di lantai dan memasukkan kepala ke dalam dres yang dipakainya.
Tulis Ramona, itulah realiti sebenar di sebalik kehidupan glamor seorang selebriti.
"Shall i say... cari benda tersembunyi?
"Behind all of those glam outfits & thick makeups i swear this is the real truth of being a mom while having a baby / toddler at home.
"Even worse, lepas masuk kepala dalam kain, she looked up and say “TAK” (chak) with a smiley face.
"Always got me in dilemma to stop her or to layan her and continue playing chak as well," tulis Ramona.
Ramai dalam kalangan pengguna yang berkongsi situasi serupa seperti yang dialami Ramona ketika bersama anak masing-masing.
Anda sendiri pernah tak?
#pelakon #Anak #Ramona Zamzam #Pelakon