Tahun Tikus diramal membawa kesejahteraan dan peluang yang luas, jadi apa kata anda luangkan masa sempena sambutan Tahun Baru Cina ini untuk meraikannya bersama Captain Quack & Friends di Sunway Lagoon.

Kata Pengurus Besar Sunway Lagoon, Sean SL Choo, Sunway Lagoon menampilkan pelbagai persembahan dan aktiviti hebat sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina ini.

“Sambutan perayaan merupakan aktiviti rutin bagi kami di Sunway Lagoon. Sambutan Tahun Baru Cina untuk edisi Tahun Tikus ini disambut gilang-gemilang untuk memastikan ia menjadi tahun bertuah dan meriah untuk keluarga dan sahabat handai,” katanya.



Menariknya, pada dua hari pertama Tahun Baru Cina iaitu 25 dan 26 Januari, pengunjung akan disambut oleh God of Prosperity bersama Captain Quack & Friends.

Mereka menghadiahkan sampul ang pau edisi terhad dan limau mandarin kepada anda.

Selain itu, anda berpeluang menyaksikan pertunjukan seperti Tarian Singa, gendang cina dan sketsa A Mouse’s Tale oleh Captain Quack & Friends dengan kemunculan Sifu Lao Shu.

Gempak berpeluang merasai pengalaman tersebut baru-baru ini dan kini giliran anda pula! Kami senaraikan tarikan menarik sempena Tahun Baru Cina yang anda patut cuba:

1. Perjalanan bertuah bermula di pintu utama Sunway Lagoon. Anda perlu mencari dan menyentuh Rat Zodiac Statue terletak di pintu masuk utama Sunway Lagoon untuk simbolik tuah agar sentiasa berada di tangga pertama sepanjang tahun 2020.



2. Maju ke hentian seterusnya, anda boleh berkunjung ke Huat Cheese Mountain. Bayangkan impian anda untuk tahun baru, pegang hajat tersebut dan lempar duit syiling ke dalam lubang gunung keju.

Sebagai ganjaran segera simbolik kepada tuah, anda bakal menerima sekeping syiling emas.

3. Tidak ketinggalan untuk si bujang dan masih solo, kunjungi Wishing Love Pond untuk tunaikan harapan dan perhubungan yang indah pada tahun 2020 dengan melemparkan limau mandarin ke kolam.

Semoga impian anda menjadi realiti.

4. Bagi mereka yang suka meramal nasib, anda boleh ke Fortune Chest!

Langkahnya mudah. Pilih nombor dari mangkuk nasib dan anda perlu membuka laci almari bernombor yang tertera di kertas dari mangkuk nasib. Tilikan nasib tertera di helaian dari laci almari tersebut.

5. Melengkapi perjalanan bertuah anda, singgah sejenak di Lucky Tree. Untuk tahun baru yang makmur, petik salah satu ang pau yang tergantung di pokok tersebut dan saksikan isi sampul tersebut.

Pelbagai hadiah menarik menanti anda seperti barangan eksklusif dan pelbagai lagi.

Semasa perayaan Tahun Baru Cina, Surf Beach dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan untuk para pengunjung terutamanya kanak-kanak, seperti Rat Race Animal Kingdom, CNY Chapteh dan CNY Sand Art.



Gamatnya sambutan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon tidak terhenti disitu. Maju ke
Zamberi River di mana tarikan ini diberi nafas baru dan dipertingkatkan dengan bunyi gendang Afrika, dekorasi bercahaya ultra-ungu, semburan air dan bakul air.



Dinginkan diri anda dengan berendam dan belayar menerusi sungai berwajah baru dengan menaiki pelampung yang boleh disewa pada harga yang berpatutan.

Nikmati pelbagai promosi yang ditawarkan seperti Chinese New Year Fortune Wheel!

Abadikan dan muat naik momen istimewa anda dengan yang tersayang di Sunway Lagoon ke laman sosial Facebook atau Instagram dengan tanda pagar #CNYMouseTale #BestDayEver dan #SunwayLagoonMY.