Susulan tragedi tanah runtuh, tiga tapak perkemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland yang diusahakan oleh sebuah syarikat disahkan beroperasi tanpa lesen sejak 2020.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, ketiga-tiga tapak berkenaan sebaliknya hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 2019.

Menurut laporan Utusan Malaysia, beliau menjelaskan pengusaha tersebut telah melanggar kesalahan Akta 133 Seksyen 70 Perparitan dan Bangunan dan sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun dan denda tidak melebihi RM50,000.

Beliau juga menggesa mana-mana pengusaha tapak perkemahan di seluruh negara yang menjalankan operasi tanpa lesen yang sah berhenti segera sebelum tindakan tegas diambil.

Beliau menegaskan fokus utama sekarang adalah memastikan menyelamatkan sebanyak mana nyawa yang boleh.

Dalam pada itu menerusi tinjauan Gempak di media sosial, warganet turut menggesa kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengusaha tapak perkhemahan berkenaan kerana melibatkan banyak nyawa terkorban.

Antara komen yang diberikan warganet:

“Aku kerja dekat atas ni pun tak tahu ade campsite dalam tu, ingatkan kebun sayur je sebab selalu nampak lori sayur keluar masuk,”

“Orang lain buat masalah orang lain jadi mangsa... Cari owner tempat ni kena tindakan undang-undang kaw-kaw, banyak meninggal,”

“Allahu… Jenuh nak menjawab owner campsite, banyak nyawa tak bersalah terkorban,”

“Tu laa pelik juga jadi tempat campsite kat situ, sebab pernah masuk 2019 pergi kebun tu nak beli sayur,”

“Tempat kebun sayur sebenarnya. Tu ramai terkejut ada camping site. Tempat camping tak sepatutnya berada jauh dalam hutan macam ni. Di lereng bukit pula. Kalau pergi mana mana camping site pun, semuanya datar,”

Kredit foto: Facebook
Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia / Agensi Pengurusan Bencana Negara