Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Carmen Soo Selamat Lahirkan Baby Girl

article-author-avatar
Syafiqah Jalal 12/02/2018 | 04:28 MYT
Carmen Soo Selamat Lahirkan Baby Girl
Model dan pelakon, Carmen Soo selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Jumaat lalu.
Berita gembira itu diumumkan menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya semalam.
Menerusi perkongsian itu Carmen memuat naik fotonya bersama suami dan bayi yang baru sahaja dilahirkan ketika berada di dewan bersalin.
Carmen memberitahu menerusi kapsyennya dia dan suami amat bersyukur dan bangga dengan kehadiran bayi sulung mereka yang digelar ‘Baby Bea’.
Pasangan itu amat teruja untuk memulakan hidup baharu bersama bayi mereka.
Rata-rata peminat turut gembira dan mengucapkan tahniah termasuk rakan artis seperti Daphne Iking dan Puan Sri Tiara Jacquelina.
Foto: Instagram Carmen Soo
#pelakon #Pelakon #Model #Bayi #bersaliin #Carmen Soo