Laman Utama

Casablanca Mendunia & Viral Di Indonesia, Naufal Azrin; "Sebelum Ni Ramai Menjauh Diri, Sekarang ..."

gempak
Amri Hassan
17/07/2022
08:50 MYT
Sponsor Banner
Casablanca Mendunia & Viral Di Indonesia, Naufal Azrin; "Sebelum Ni Ramai Menjauh Diri, Sekarang ..."
Lagu dan muzik video (MV) bertajuk Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang dilancarkan pada 4 Jun lalu terus menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tanah air.
Di aplikasi TikTok dan Instagram, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media, ciptaan lirik oleh Daqmie dan Abdul Karim Al Ali, produser Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh dan Daqmie. Ini mencetuskan fenomena tersendiri apabila dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video yang dihasilkan pengguna laman sosial.
Muzik video rasmi Casablanca ini dimuat naik di saluran YouTube Masyhur sudah mencecah lebih 5 juta tontonan dan dilayari mencecah lebih 2.5 juta di Spotify.
Begitu juga di aplikasi TikTok di mana lagu ini mencecah tontonan #casablancachallenge mencecah 14.1 juta tontonan semasa artikel ini ditulis.
Tidak cukup dengan itu, lagu Casablanca mencipta sejarah apabila menjadi lagu pertama tempatan yang paling tular dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global, Spotify Viral 50 Indonesia dan juga menduduki tempat ketiga belas Spotify Top 50 Indonesia di penstriman muzik Spotify serta mendapat kedudukan tempat pertama di aplikasi JOOX Malay Hits. Manakala di aplikasi Apple Music Top 100, Casablanca menduduki tempat kedua.
Pengarah A&R & Pemasaran Universal Music Malaysia, Hermond Cheng dan Pengarah Urusan BeeGood Music, Amir berkata, mereka berbangga dengan pencapaian yang diraih sekaligus menjadikan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media sebagai syarikat rakaman pertama yang berada di tangga teratas carta ‘Spotify Viral’ di Indonesia.
"Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pendengar, peminat dan pengguna laman sosial sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei atau di mana juga berada kerana mendengar dan menstrim lagu ini hingga tular dan mencetuskan fenomena yag luar biasa," katanya.
Malah, resipi itu dilihat sangat sesuai buat mereka yang ada 'crush' atau yang sedang dalam percintaan. Disebabkan itu, lagu Casablanca yang menampilkan Wan Saleh, Amir Hufaz, Khairul, dan Daqmie selaku penerbit dan pengubah lagu itu berjaya diterima baik dan dekat di hati peminat.
Bagi Nuha, dia tidak menjangka lagu Casablanca mendapat tempat yang hebat dalam kalangan peminat di Indonesia.
"Perasaan saya sangat terkejut sebab tak jangka lagu Casablanca sudah sampai ke tahap ini, dan dalam masa sama saya teruja dengan projek yang akan datang. Pendek kata, terkejut, teruja dan sangat gembira.
"Apa yang kami dapat sekarang dan sokongan yang diperoleh bukan saja dari peminat tanah air tapi juga daripada Indonesia dan Brunei yang kami tidak menjangkakan sama sekali Nuha amat bersyukur dengan sokongan berterusan daripada peminat," katanya.
Sementara itu, Naufal bersyukur dengan sambutan diberikan selain tidak pernah menjangka lagu Casablanca boleh mencetuskan fenomena luar biasa. Sejujurnya, saya sangat gembira dan teruja.
"Kami sudah buat yang terbaik, dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Alhamdulillah tuhan beri kami rezeki yang tidak dijangka. Terima kasih Malaysia dan Indonesia," katanya.
Ditanya mengenai respons peminat terhadap kerjayanya, menurut Naufal dia sudah mula diikuti peminat baharu.
"Sebelum ini ramai juga yang ‘unfollow’ ataupun menjauhkan diri daripada saya. Tapi Alhamdulillah, selepas keluar lagu Casablanca, ‘follower’ yang baru hadir.
"Insya-Allah, saya akan menjaga semua yang ada dengan saya dari dulu hingga kini. Tidak lupa juga kepada semua yang baru mengenali saya. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live