Penyanyi bersuara lantang, Mariah Carey mencatat sejarah tersendiri apabila muncul sebagai penyanyi pertama berada di kedudukan nombor satu carta Billboard Top 100 dalam tempoh empat dekad berasingan.

Menerusi laporan Astro Awani, lagu ‘All I Want For Christmas Is You’ berada pada tangga teratas pada tahun 1990, 2000, 2010 dan 2020.

Malah ‘All I Want For Christmas Is You’ masih lagi berada di puncak Billboard Top 100 untuk tarikh 4 Januari berdasarkan jumlah putaran di radio dan data penstriman.

Pada yang tidak tahu, lagu klasik Krismas itu mula dilancarkan pada tahun 1994 sebelum menjadi lebih hit sejurus dijadikan runut lagu bagi filem ‘Love Actually’ pada tahun 2003.

‘All I Want For Christmas Is You’ sekali gus menjadi lagu nyanyian Mariah yang ke-19 sebagai lagu paling popular di carta Billborad, di belakang The Beatles secara keseluruhannya dengan 20 lagu hit.

Bagaimanapun lagu berkenaan hanya menduduk kedudukan pertama penghujung 2019 selepas Billboard membuat perubahan ke atas terma dalam senarai lagu popular.

Dalam pada itu, Carey turut melancarkan CD single lagu berkenaan buat julung kalinya.

Sumber: Astro Awani