“Catatan Kecil Untukmu Yang Jadi Korban Para Penggosip” - Ungku Ismail
Asyikin Mayudin
25/08/2023 11:50 MYT
25/08/2023 11:50 MYT
Hubungan persahabatan pelakon Nad Zainal dengan beberapa rakan industri masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial gara-gara didakwa bermasam muka.
Terbaharu, biarpun tidak menyatakan sebarang kapsyen namun perkongsian suami kepada Nad iaitu aktor Ungku Ismail di Instastory seakan-akan bertepatan dengan suasana pada ketika ini yang melanda isterinya.
Ayat-ayat yang dikongsikan itu berkenaan dengan nasihat buat individu yang dilabel sebagai korban para penggosip.
“Catatan kecil untukmu yang jadi korban para penggosip. Orang yang dibelakangmu suka membicarakan aib dan kekuranganmu, mencari-cari kesalahan atau kadang memfitnahmu, mungkin dia akan membahayakan Duniamu.
“Tapi yang jelas ia sangat bermanfaat buat akhiratmu kerana transferan pahalanya, Maka cuekin saja dan biarkan dia meneruskannya. Lumayan kan, dapet transferan pahala gratis tanpa harus ibadah?” kongsinya.
Sebelum ini, Nad menyatakan bahawa dia tidak kisah jika kehilangan rakan dari radar dan kata-katanya itu seperti menyinggung perasaan beberapa rakan selebriti seperti Nabila Huda dan Sharifah Sakinah.
Selain Nabila Huda, pelakon Sharifah Sakinah, 34, tampil berkongsi luahan di Instagram yang menjelaskan dia kini tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan pelakon drama Cina Buta itu.
Terdahulu, Nad memberitahu enggan mengambil kisah dan mengusutkan pemikirannya dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.
Malah, dia yang kini hamil trimester ketiga ketika ini adalah untuk memberi keutamaan kepada suami dan anak-anak termasuk bayi yang bakal dilahirkan Oktober depan.
Spekulasi bermasam muka itu mula bertebaran selepas Nad pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru sebelum mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.
Selain Nabila, antara nama rakan selebriti lain yang terkait dalam isu ini ialah Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah dan Marsha Milan.