Laman Utama
Sharifah Sakinah Harap Jumpa Nad Zainal Di Alam Lain - “Di Situ Tiada Radar”
Bukan sahaja Nabila Huda, tetapi aktres Sharifah Sakinah turut mengambil keputusan untuk tidak lagi mempunyai hubungan apa-apa dengan pelakon Nad Zainal.
Menerusi perkongsian di Instagram, Sakinah memuat naik semula kapsyen dia pernah mendoakan Nad ketika berada dalam koma akibat pendarahan dalam paru-paru.
Menurut Sakinah, sudah tiba masanya dia memadam perkongsian itu dan berharap akan bertemu dengan aktres tersebut di alam lain.
“Dah boleh delete kot post Ini. Saya jumpa awak di alam lain… di situ tiada radar,” kata Sakinah.
Pada perkongsian yang sama, Sakinah juga memberi ayat-ayat seperti membalas semula kenyataan Nad yang mengatakan dia enggan mengambil kisah dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.
“Ucapkan kata-kata dari hati, letakkan kaki anda di bumi. Fikiran narsis anda, kata-kata palsu dan dalam tindakan penafian akan menjadi takdir anda,” katanya.
Terdahulu, Nabila Huda mendapat perhatian netizen apabila meninggalkan komen tidak mengenali Nad dalam sebuah hantaran Instagram memaparkan temu bual isteri Ungku Ismail itu bersama pihak media.
BACA SINI: Sherry Alhadad Akui ‘Lost Contact’ Sejak Nad Zainal Kahwin - “Saya Sayang & Masih Anggap Dia Adik”
Dalam temu bual tersebut, Nad memberitahu enggan mengambil kisah dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.
Nabila menerusi temu bual bersama Gempak menegaskan dia sememangnya tidak mengenali individu bernama Nad Zainal dan menunjukkan bukti bahawa akaun Instagramnya telah disekat (block) oleh aktres itu.
Spekulasi bermasam muka antara Nad dan sahabatnya itu mula bertebaran selepas aktres itu pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru sebelum mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.
Must-Watch Video