Catriona Ross Kongsi Tips Kekal Sihat & Langsing

Kamaruddin Razal
Julai 27, 2018 02:55 MYT
Bentuk badan pelakon Catriona Ross yang kekal langsing kini menjadi idaman dan inspirasi ramai.
Terkini, menerusi akaun Instagram (IG) milik Catriona, aktres itu berkongsi tips bagaimana untuk kekal langsing dan sihat.
Catriona memberitahu, dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perkara terbabit perlu mempunyai tiga kriteria.
Ia adalah diet yang seimbang, disiplin diri dan latihan senaman.
Dalam entri yang sama, Catriona memuat naik videonya sedang mengangkat berat di sebuah gim.
Teks: Syafiqah Jalal
Foto: IG Catriona Ross
#pelakon #Pelakon #Catriona Ross