,
Hiburan

Cayalah PASKAL The Movie! Baru Sneak Preview, Dah Menduduki Tempat Ke-3 Carta Top 10 Movies @ GSC!

Kamaruddin Razal
23/09/2018
07:00 MYT
Filem PASKAL The Movie menunjukkan perkembangan positif selepas berjaya menduduki tempat ketiga carta Top 10 Movies @ GSC.
Biarpun bakal ditayangkan secara rasmi pada 27 September depan, penonton sudah boleh menikmati filem PASKAL The Movie bermula Jumaat lalu sehingga hari ini.
Menerusi tinjauan Gempak aplikasi GSC, rata-rata masa tayangan filem PASKAL The Movie laris bak goreng pisang panas! Kebanyakan tiket di setiap masa tayangan filem PASKAL The Movie 'selling fast', malah ada yang 'sold out'.
Kepada anda di luar sana, sempat lagi untuk bergegas ke pawagam dan menyaksikan sendiri kehebatan filem ini.
PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Jom, dapatkan tiket anda dan jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sertai Perbarisan Merdeka Paskal, Hafizul Kamal Raih Sorakan Orang Ramai! - “Tabik Hormat Pada Panglima & Agong”

gempak
01/09/2022
09:50 MYT
Momen paling berharga.
Laman Utama

“Memang Ikat Setahun, Tetapi Kalau Ada Rezeki Kami Nak Percepatkan..." – Taufiq Hanafi Bertunang

gempak
21/02/2022
12:40 MYT
Tahniah Taufiq!
Laman Utama

“Alamak Ini Bukan PASKAL, Ini PASRAH” - Gambar Hairul Azreen & Ammar Alfian Buat Ramai Berdekah!

gempak
24/05/2021
12:16 MYT
Kreatif betul!
Hiburan

“Tutup Tahun 2020 Dengan Gambar Al-Quran” - Ammar Alfian Khatam Al-Quran Kali Ketiga

gempak
22/12/2020
08:05 MYT
Alhamdulillah...
Hiburan

"Sepanjang Kami Couple & Selepas Hidup Bersama Isteri Tak Pernah Datang Tengok Saya Shooting Sebab Kami Segan" - Hairul Azreen

gempak
14/12/2020
01:15 MYT
Lagi bersemangat la bila dapat kunjungan isteri kat set penggambaran..
BorakSeeni