Sebagai tanda terima kasih atas sambutan hangat penonton terhadap drama premium terbitan Astro Originals, Projek High Council, Astro kini membawakan satu saluran khas.
Saluran tersebut dinamakan saluran Pop-Up Projek High Council yang akan bermula pada 29 April ini.
Selain tanda penghargaan, kejayaan drama premium bersiri ini dalam menghasilkan reaksi-reaksi yang positif serta sokongan daripada para penonton sepanjang ia disiarkan telah mencetuskan idea kepada penghasilan saluran Pop-Up ini.
Kelebihan
Istimewanya lagi saluran ini memberi peluang kepada peminat-peminat yang ingin mengikuti perkembangan jalan ceritanya secara berterusan tanpa halangan daripada kandungan- kandungan lain.
Selain 10 episod Projek High Council, Projek: High Council (Kudrat Boys Reunion) adalah program bual bicara yang membabitkan beberapa pelakon utama drama ini.
Program ini dihoskan oleh pengarah Projek High Council sendiri iaitu Anwar Ashraf dan Zulaikha Zakaria.
Menerusi program ini, mereka berkongsi cerita menarik, detik yang tak dapat dilupakan ketika penggambaran serta temubual spontan bersama para pelakon.
Para pelanggan Astro juga boleh strim Projek High Council menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO pada bila-bila masa sahaja.
Malah seluruh boxset Projek High Council dan Projek High Council (Kudrat Boys Reunion) boleh distrim secara On Demand dan Astro Go selepas saluran pop-up ini ditamatkan.
Jadi jangan lupa ya, saluran Pop-Up Projek: High Council (Saluran 100) bakal bersiaran mulai 29 April sehingga 12 Mei secara percuma untuk semua pelanggan Astro.
Mya Amri
Fri Apr 28 2023


#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat

#BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Ini penjelasan Masyadi Mansoor

#PE3 : Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3
Memang berbaloi!

#BIGSTAGE5: “Saya Tak Dilahirkan Dengan Kekuatan Vokal…” - Meer Nash Akan Usaha 10 Kali Ganda Perbaiki Kelemahan
Usaha lagi Meer Nash, all the best.

“Lainlah Minum Arak” - Baby Shima Kecewa Video Minum Dari ‘Botol Susu’ Masih Jadi Isu
Isu botol susu masih berlanjutan

#BIGSTAGE5: Nadeera Zaini Melompat Gembira Siti Nurhaliza Puji Skil & Suara Bagus! - "Terperanjat! Syukur Tak Terkata Apa Dah"
Memang suara dan skil nyanyian Nadeera Zaini mantap!

#PE3: Baru 4 Hari Ditayangkan, Polis Evo 3 Raih Kutipan RM16 juta! Cayalah Boh!
Wow, letupan! Tahniah!

Ini Tindakan Remy Ishak Apabila Menerima Mesej & Gambar Berbaur Godaan Daripada Peminat - “Saya Terus…”
Cara Remy Ishak tepis godaan

#BIGSTAGE5: Meer Nash Ada Pakej Lengkap Tapi Kurang Pada Vokal, Ajai Kata Boleh Usaha! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Jangan putus asa Meer Nash.