Skip to main content

“Cayang Papa Nak Balik Rumah Dah” - Eh Diam-Diam Naqiu Dah Timang Anak Keenam

cayang-papa-nak-balik-rumah-dah-eh-diam-diam-naqiu-dah-timang-anak-keenam.jpg
Penyanyi, Naqiu mengucapkan rasa syukur selepas isterinya, Hanisah Zuhari, 38, selamat melahirkan cahaya mata keenam mereka pada Khamis.
 
Berita gembira itu dikongsi Naqiu, 37, menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
 
“Allahuakhbar. Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.
 
Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan Naqiu sedang tersenyum sambil memangku anaknya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Naqiu Mohd (@thisisnaqiu)

 
Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran di ruangan IG Story, Naqiu memaklumkan bahawa anak mereka sudah boleh di bawa pulang.
 
“Cayang papa nak balik rumah dah. Terima kasih atas segala doa dan ucapan daripada uncles dan unties,” coretnya.
 
Bagaimanapun buat masa ini, Naqiu masih belum mendedahkan wajah anak keenam mereka.
 
Terdahulu, Naqiu dan Hanisah mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2010.

 
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement