Cecah 1.5 Juta Followers Di Instagram, Zarina Zainuddin Nak Bagi Hadiah Set Alat Solek

Badrul Hashim
Februari 18, 2019 10:20 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin yang sememangnya terkenal dengan perniagaan pulut kuning dan dijual di seluruh Malaysia serta Singapura.
Selain itu, perkongsian kisah dua orang anak autisme di Instagramnya turut menjadi ikutan peminat. Kesabaran dan kesungguhan Zarina mendidik anak-anak autismenya menjadi satu perkongsian yang berguna pada yang mengikuti.
Terbaru Zarina berterima kasih kerana pengikutnya di Instagaram sudah meningkat menjadi 1.5 juta orang.
"Assalamualaikum. Terima kasih semua yang sudi follow ig saya sudahpun mencecah 1.5m," tulis Zarina.
Beliau juga turut ingin menghadiahkan set alat solek kepada pengikut-pengikutnya yang dapat menjawab soalan yang mudah di Instagram beliau.
#pelakon #Zarina Zainuddin #Pelakon