Selepas jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi video pendek teaser muzik terbarunya Ku Ingin Bahagia di laman sosial, pelbagai reaksi diberikan netizen.

Selain daripada komen yang mengecam vokal Aliff ada juga netizen mendakwa muzik video lagu tersebut meniru konsep lagu nyanyian Billie Eilish berjudul ‘When The Party’s Over’.

Menerusi tinjauan Gempak, memang ada persamaan di antara muzik video Billie dan Aliff iaitu baju berwarna putih yang dipakai dan cecair yang keluar dari mata.

Bezanya cuma cecair yang keluar dari mata Billie Eislish berwana biru, sementara Aliff kelihatan seperti darah pekat.


Muzik video ‘When The Party’s Over’ yang dimuatnaik di laman YouTube Billie Eilish pada 25 Oktober 2018 itu, setakat ini sudah ditonton sebanyak 485 juta kali.

Selain lagu 'When The Party's Over', lagu nyanyian Billie Eilish bersama penyanyi Rap & RnB, Khalid, berjudul 'Lovely' juga menjadi siulan ramai.

'Lovely' telah mencatat 606 juta tontonan di Youtube sejak dimuat naik pada 27 April 2018.

Difahahamkan, Aliff Syukri dijangka melancarkan muzik video Ku Ingin Bahagia secara rasmi pada jam 12 tengah malam ini .

Teaser muzik video yang dimuat naik Aliff Syukri semalam telah ditonton sebanyak 1.1 juta kali di Instagram dan menerima hampir 13,000 komen.