Cedera Di Bahagian Pinggang, Lengan & Lutut, Atiq Azman Terlibat Kemalangan

Amri Hassan
Julai 30, 2018 08:34 MYT
Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Atiq Azman berkongsi foto dirinya yang telah terlibat dalam kemalangan pada Ahad lalu.
Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhd Atiqullah Shah, 18, telah berkongsi foto kecederaannya di bahagian pinggang, lengan dan lutut menerusi laman sosial Instagram miliknya.
"Setiap Apa Yg Berlaku Ada Hikmahnya, Pagi Ahad Atiq Excident, Pagi Isnin Abi Pulak Excident, Ya Allah Aku Bersabar Dgn Ujian Yg Kau Beri Ini. Terima Kasih Kepada Semua Yg Tetap Memberi Sokongan Dan Dorongan, Tidak Lupa Juga Kepada Sahabat Saya Yg Bntu Saya Sama Ada Susah Atau Senang..Hati Budi Mu Hnya Allah Dapat Memblasnya Sahabat," tulis Atiq.
Bapa kepada Atiq turut terlibat dengan kemalangan pada Isnin pagi, sehari selepas pelakon itu ditimpa kecelakaan.
Namun, Atiq masih belum berkongsi maklumat penuh mengenai kemalangan ayahnya itu.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
#pelakon #Kemalangan #Pelakon #Atiq Azman