Hiburan

Cedera Di Bahagian Sendi Siku, Anak Amar & Amyra Tetap Aktif Main

gempak
Zulaikha Yusof
01/09/2020
01:21 MYT
Sponsor Banner
Cedera Di Bahagian Sendi Siku, Anak Amar & Amyra Tetap Aktif Main
Anak kepada pasangan Amar Baharin, 35, dan Amyra Rosli, 27, iaitu Aqeef Anaqi telah mengalami kecederaan di bahagian sendi siku kirinya akibat dislokasi.
Menurut Amar, kejadian tersebut terjadi di kediaman mereka ketika Anaqi, 3, sedang bermain.
"Anaqi terkena subluxation atau dislokasi di bahagian sendi siku dia.
"Dia terseliuh waktu Amyra nak suap makan. Biasalah budak umur-umur macam ni tengah explore," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan menyatakan Anaqi akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh tiga hari.
"Anaqi masih aktif macam biasa. Nasib ada plaster cast yang dipakaikan dekat tangan dia.
"Doktor cakap dalam tempoh tiga hari ja untuk sembuh sebab bukan dislocate," katanya lagi.
Sebelum ini, Amyra ada memuat naik foto Anaqi di Pusat Perubatan Prince Court.
"Haihhh anak bujang tengah-tengah lasak macam ni la @aqeefanaqi," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live