Viral
Lagi 3 Bulan Lebih Nak Raya! Prince Syed & Isteri Kongsi Tema Baju Raya Inspirasi Dari Pokok - “Habis La Daun Di Eco Tahun Ni”
Usahawan dan selebriti media sosial, Prince Syed Syahid sekali lagi mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.
Baju Raya Dah Siap!
Menerusi muat naik di TikTok, Syed yang juga pereka fesyen itu berkongsi baju raya pada tahun depan yang dihasilkan untuk isterinya.
Dalam rakaman berdurasi 30 saat itu, Syed dan isteri dilihat segak memperagakan busana serba hijau zamrud.
Lebih menarik, busana yang disarungkan isterinya itu turut turut dihiasi dengan daun-daun di bahagian dada dan bawah busana tersebut.
“Tak sabar nak raya , lagi 3 bulan lebih je lagi, baju raya kami dah banyak siap.
“Harap Aidilfitri 2025 nanti menjadi raya paling best insya-Allah dan harap impian dan harapan menjadi kenyataan, ameeeennn dengan izin Allah,” tulisnya.
Tak sabar nak raya , lagi 3 bulan lebih jer lagi , baju raya kami dah banyak siap , harap Aidilfitri 2025 nanti menjadi raya paling best in sha Allah dan harap impian dan harapan menjadi kenyataan , ameeeennn dengan izin Allah♬ original sound - CEO OF LAGU VIRAL (2)?? - CEO OF RANDOM ✨
Netizen Seloroh Boleh Main Sorok-Sorok Dalam Kebun
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
“Habis la daun di Eco tahun ni,” komen netizen lucu.
“Fatin pakai apa pun elok kalau aku mesti macam hutan hidup,” puji netizen.
“Boleh buat inspirasi ni, pokok pisang hiasan aku ada tampal kat baju raya nantia. Baru nampak eksklusif,” tulis netizen.
“Dia mai dengan daun pula,” komen netizen lagi.
“Ni kalau main nyorok-nyorok kat kebun boleh menang,” komen netizen terhibur.
Terdahulu, Syed memaklumkan dia dan isteri sudah lali dengan kecaman dan kritikan yang dilemparkan netizen sebaliknya berasa selesa dengan penampilan-penampilan yang luar dari kebiasaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dihina Seperti ‘Sotong’ Tapi Tetap Ada Yang Cuba Nasib Nak Jadi Isteri Kedua Prince Syed - “Sampaikan Isteri Saya Pernah Menangis Dalam Kereta…”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘Body Shaming’, Prince Syed Terpaksa Kongsi Kehamilan Isteri - “Bila Dapat Tahu Mengandung, Biasalah Dia Makan Banyak…”
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Terpaksa Layan Karenah Suami, Isteri Prince Syed Sound Netizen - “Hang Siapa, Ada Tidur Sebantal Dengan Aku Ke?”
ARTIKEL BERKAITAN: Prince Syed Hadiahkan Tudung RM35,000 Untuk Isteri Pakai Raya Aidiladha - "Ini Jer Mampu Beri"
Must-Watch Video