Hiburan

Celine Dion Hasilkan Dokumentari Perjalanan Hidup Derita Penyakitnya, SPS

gempak
Maliah Surip
01/02/2024
13:20 MYT
Sponsor Banner
Celine Dion Hasilkan Dokumentari Perjalanan Hidup Derita Penyakitnya, SPS
Bukan menyapa peminat menerusi persembahan pentas, Celine Dion sebaliknya bakal mengubat kerinduan dengan penerbitan sebuah dokumentari tentang dirinya.

BERITA TRENDING: Celine Dion Sakit, Masih Belum Temukan Penawar

Pesohor Hollywood tersebut bakal muncul dengan dokumentari yang diberi judul I Am: Céline Dion. Ia mengisahkan tentang kehidupannya sebelum dan selepas didiagnosis sindrom orang kaku atau stiff person syndrome (SPS).
Pemenang lima kali Grammy itu mengumumkan penghasilan I Am: Céline Dion sebagai salah satu cara dirinya untuk berkongsi dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit SPS yang dideritainya.
“Beberapa tahun kebelakangan ini sangat mencabar buat saya. Perjalanan mengetahui tentang tahap kesihatan dan perlu menghadapinya.
“Dan sepanjang beberapa tahun ini saya melihat betapa telah merindui peminat.
“Jadi sepanjang ‘kehilangan’ saya memutuskan untuk menghasilkan dokumentari tentang diri saya.
“Ia juga cara saya mahu membangkitkan kesedaran sekaligus membantu orang lain tentang penyakit ini,” kata Dion menerusi kenyataan yang dikeluarkan seperti dilaporkan People.

PILIHAN PEMBACA: [VIDEO] Batalkan Konsert Jelajah, Celine Dion Dedah Hidap Stiff Person Syndrome - "Memang Sukar Bagi Saya Untuk ..."

Dokumentari tersebut diarahkan oleh pemenang Emmy dan Academy, Irene Taylor dan akan ditayangkan di Prime Video.
Penyanyi My Heart Will Go On itu mengumumkan didiagnos penyakit SPS pada Disember 2022 dan terpaksa menunda konsert jelajah dunia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live