Laman Utama
[VIDEO] Batalkan Konsert Jelajah, Celine Dion Dedah Hidap Stiff Person Syndrome - "Memang Sukar Bagi Saya Untuk ..."
Penyanyi terkenal Celine Dion mengesahkan dirinya menghidap penyakit yang tidak dapat diubati iaitu Stiff Person Syndrome (SPS).
Penyakit itu menyebabkan ototnya tidak dapat dikawal dan pesakit yang menghidap SPS tidak boleh berjalan atau bercakap.
"Saya sudah lama berhadapan dengan masalah kesihatan dan memang sukar bagi saya untuk bercakap tentang semua yang saya lalui.
"Baru-baru ini saya telah didiagnosis dengan gangguan neurologi yang sangat jarang berlaku, dipanggil Stiff Person Syndrome.
"Kekejangan ini menjejaskan setiap aspek kehidupan seharian saya, kadangkala menyebabkan kesukaran berjalan dan tidak membenarkan saya menggunakan pita suara untuk menyanyi seperti biasa.
"Saya bekerja keras dengan pasukan perubatan saya setiap hari untuk membina kekuatan dan keupayaan saya untuk beraksi semula tetapi saya harus akui ia tidak mudah.
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kasih sayang serta sokongan anda.
"Saya sangat menyayangi anda semua dan saya sangat berharap dapat berjumpa dengan anda semula tidak lama lagi," katanya di Instagramnya.
Terdahulu, pelantun lagu My Heart Will Go On itu membatalkan jelajah Amerika Utara yang dijadualkan pada 9 Mac hingga 22 April.
Dion menjadualkan semula konsert musim bunga 2023 kepada 2024 dan membatalkan lapan konsert musim panas tahun ini.
Must-Watch Video