Memukau dan terpesona! Andai ada perkataan yang dapat digambarkan, itulah yang paling sesuai diberikan selepas melihat persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu The Power of Love.

Lebih istimewa lagi, lagu nyanyian asal penyanyi terkenal antarabangsa Celine Dion itu dipersembahkan oleh Siti pada konsert Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023 yang berlangsung pada Isnin.

Bersaksikan 3000 penonton di dalam Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, nyanyian Siti itu diiringi muzik yang dimainkan bersama piano oleh komposer muzik terkemuka dunia, David Foster.

Kemerduan Siti tidak hanya memukau penonton malah David sendiri kelihatan terpegun dan menghayati alunan suara penyanyi nombor satu negara itu.

Malah disebabkan persembahan itu juga, nama Siti menjadi perbualan hangat di media sosial yang rata-ratanya menyatakan rasa bangga dan menggelarkannya sebagai Celine Dion Malaysia.

A post shared by Jabatan Netizen Negara (@jabatannetizennegara20)


BACA: (VIDEO] "Satu Lagu Je Terus Trending!" - Salute! Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil, Dapat 60,000
Standing Ovation Di Konsert A.R Rahman


BACA: [VIDEO] "Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga" - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti
Menyanyi Lagu Tamil


Terdahulu, Siti sebelum ini juga pernah menjadi perhatian netizen kerana membawakan lagu klasik tamil berjudul Munbe Vaa pada konsert A. R Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil Januari lalu.

Untuk info: Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan konsert “Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023” yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Konsert eksklusif ini merupakan anjuran PRIHATIN yang menampilkan komposer muzik terkemuka dunia, David Foster bersama barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee serta Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Turut hadir memeriahkan konsert ini adalah YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri-Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Noor (Isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang), YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Mukhriz (Putera DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), YAM Tunku Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra (Puteri kepada DYMM Pemangku Raja Perlis), YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh (Ketua Menteri Melaka), YB Dato’ Sri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Undang-Undang & Reformasi) Hawa Rizwana, Nabil Ahmad, Diana Rafar, Sissy Iman dan Fazli Zainal.