Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Cemas Apabila Air Ketuban Pecah Awal & Sangat Banyak" - Niena Baharun Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Rozaimi Zubaidi
25/10/2018 07:44 MYT
Pelakon Datin Niena Baharun selamat melahirkan anak sulung lelaki pada 11 pagi semalam.

Menurut Niena dia sepatutnya bersalin pada 8 November namun terpaksa melahirkan anaknya dua minggu awal akibat air ketuban telah pecah awal.

"Sedikit cemas apabila air ketuban pecah awal dan sangat banyak. Ketika dibawa ke hospital bukaan sudah 2 sentimeter, namun disebabkan saya jenis penakut, jadi dari awal lagi memang rancang nak jalani pembedahan.

"Ketika dibawa masuk ke bilik pembedahan, saya sangat gementar. Dalam fikiran, saya hanya mahu anak selamat, proses cepat habis dan segera tengok anak.

"Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Saya berasa sangat bersyukur. Lima minit sebelum bayi ditarik keluar, doktor memanggil suami masuk dalam bilik pembedahan untuk tengok sendiri.

Ketika proses pembedahan dilakukan, saya separa sedar. Saya memang minta pada doktor. Ini kerana, saya ingin tengok bayi ditarik keluar.

"Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya. Gembira, teruja dan sebak semuanya ada. Semalam satu hari saya baring. Pagi ini baru saya boleh bangun dan bergerak sikit," katanya.

Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim berkahwin pada 1 Februari lalu di Kota Bharu, Kelantan.

Sumber: Harian Metro
#pelakon #Bersalin #Pelakon #Niena Baharun
;