Cemas! Zul Ariffin Hilang Isteri!

Kamaruddin Razal
Februari 8, 2019 21:45 MYT
Bayangkan, jika orang yang anda sayangi sepenuh jiwa hilang begitu sahaja, pergi meninggalkan anda tanpa sebarang tanda?
Pelakon kacak, Zul Ariffin berhadapan dengan situasi cemas apabila isterinya hilang!
Pastinya rasa gementar, takut, berdebar dan cemas bersatu dalam emosi yang tidak menentu apabila Zul kehilangan insan yang disayanginya sepenuh jiwa.
Semuanya terjadi kepada Zul dalam filem terbaru terbitan Skop Productions dan Astro Shaw. Misteri Dilaila!
Memegang watak sebagai Jefri, Zul mendalami peristiwa misteri yang melibatkan kehilangan isterinya, Dilaila (Elizabeth Tan).
Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila yang bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.
Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh yang menakutkan. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya sudah hilang.
Imam Aziz (Namron) pula muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat.
Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya (Sasqia Dahuri). Wanita itu mengakui dirinya adalah Dilaila.
Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya?
Jangan lupa saksikan filem hebat ini yang mendapat sentuhan sutradara terkenal, Syafiq Yusof di pawagam seluruh negara bermula 21 Februari 2019!
#pelakon #Zul Ariffin #Pelakon #Misteri Dilaila