Hiburan
Cemburu Buta, Suka Mengongkong Punca Bryan Tanaka Ditinggalkan Mariah Carey
Penyanyi popular antarabangsa, Mariah Carey dilaporkan telah berpisah dengan kekasih, Bryan Tanaka yang juga merupakan penari latarnya.
Menurut laporan Daily Mail, Mariah mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan cinta yang terjalin selama lima bulan itu kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta kekasihnya.
"Mariah telah berpisah dengan Bryan kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta dan gemar mengongkong lelaki itu.
"Sikap boros Bryan yang gemar menghabiskan wang milik Mariah dengan membeli barangan berjenama juga antara punca perpisahan mereka.
"Bryan juga cemburu melihat kemesraan teman wanitanya itu dengan bekas suami sehingga bertindak menggoda wanita lain dihadapan Mariah.
"Sekarang ini hidup Mariah lebih tenang dan gembira kerana dapat memberi fokus kepada anak dan karier muziknya," kata sumber.
Mariah dan Bryan telah menjalinkan hubungan cinta selepas pertunangan penyanyi My All itu dengan jutawan Australia, James Packer putus tahun lalu.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video