Skip to main content

Budaya Popular

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

astrogempak_intan_najuwa_bidas_komen_netizen.jpg
Advertisement

Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.  

Menerusi hantaran di Instagram Story, Intan mendedahkan dia menerima komen daripada netizen yang kurang senang melihat saiz jubah mandi (bathrobe) dan mempersoalkan keyakinannya terhadap pilihan saiz itu. 

“Yakin ya awak terus ambik saiz xs,” tulis individu tersebut.

Intan kemudiaannya membalas dan menjelaskan bahawa pakaian tersebut adalah jubah mandi yang kebiasaannya bersaiz besar berbanding saiz dinyatakan.

“Amboi mulut kau. Tak yakin pun. Itu nama dia jubah mandi. Jadi, memang saiz robe saya tengah pregnant ni pun pakai xs/s. 


“Potongan jubah mandi memang besar. Sebab saya pun tidaklah besar mana pun. Kalau ambil saiz M & L jadi jubah. Sekian terima kasih,” jelasnya.



Terdahulu, Intan Najuwa memuat naik persiapan pakaian tidurnya untuk ke hospital memandangkan dirinya kini sedang sarat mengandung.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement