Pelakon Azhar Sulaiman memanjatkan rasa syukur atas kejayaan anak kembarnya, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin yang beroleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Azhar menyatakan anak-anaknya telah bersetuju untuk meneruskan pelajaran dalam jurusan undang-undang.

"Syukur alhamdulillah, kembar saya Rees dan Leona telah berjaya dalam keputusan SPM mereka.

"Dua-dua pun sudah setuju untuk ambik jurusan undang-undang.

"Terima kasih 'zillion' kepada isteri saya, Chempaka yang bekerja keras untuk anak-anak dan telah menjaga keluarga kita dengan baik. Awak ibu yang terbaik," tulisnya.

Syukur Alhamdullilah My Twins Rees & Leona Telah Berjaya Dalam Results SPM Mereka. Dua dua pun sudah setuju untuk ambik jurusan Undang Undang. Thanks A Zillion To My Wife Chempaka Yang Sentiasa Work Hard For The Kids & Telah Menjaga Family Kita Dengan Baik. You’re The Best Mommy!

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on


Dalam pada itu, Leona turut berkongsi keputusan peperiksaannya yang mendapat 7A dan 1B+ manakala Andika memperoleh 1A+, 5A dan 2B+.

7As 1B+, I think I did okay :)

A post shared by Leona (@kasihirisleona) on




Azhar berkahwin dengan Chempaka dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.