Pelakon Chacha Maembong mendedahkan dia mengalami gejala long Covid yang agak teruk, di samping beberapa kesan lain selepas positif COVID-19 dua minggu lalu.
Katanya, selain cepat penat, rambutnya juga gugur dan berat badan juga dilihat semakin menyusut.
“Saya dapat COVID-19 sekitar dua minggu lepas, ketika masih menjalankan penggambaran. Ketika itu ada seorang yang positif dan akhirnya saya terjangkit sekali. Sewaktu kuarantin, rasa sakit sangat, sebab saya sebelum ni jarang sakit. Sampai menangis video call Emma.
“Selalu orang lain kuarantin sembilan hari sahaja kan? Tetapi saya duduk rumah sehingga 12 hari sebab badan masih tak sihat. Rambut saya gugur banyak dan berat badan semakin menurun.
“Mungkin sebab saya pun ada ambil slimming product keluaran Emma tetapi itu antara beberapa gejala Long Covid yang saya alami,” katanya kepada Gempak.
Chacha berkata, dia efek Long Covid yang dirasai agak melampau, lebih-lebih lagi apabila dia memerlukan tenaga yang banyak untuk menyudahkan kerjanya.
“Saya dapati yang badan saya berasa cepat sangat penat. Baru berjalan sedikit di mall sudah rasa nak pitam. Perasaan yang sama juga saya alami bila saya sedang shooting. Cepat betul penat dan rasa nak pengsan,” katanya lagi.
Ditanya adakah dia selesa dengan penampilannya yang semakin kurus, Chacha berkata, dia hanya mahu menjalani gaya hidup yang sihat.
“Dulu berat badan saya sekitar 60 kilogram dan sekarang 49 kilogram. Saya sebenarnya tidak ada isu dengan berat badan saya sebab ramai pun kenal saya macam mana dulu. Sekarang ni saya mahu jalani gaya hidup sihat, itu sahaja,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Chaca bakal menyertai Bazar AdHoc Raya 2022 yang bakal diadakan di Hall 3, Level 2, WTCKL, Kuala Lumpur bermula 29 April hingga 1 Mei 2022.
Antara selebriti lain yang bakal berjualan adalah seperti Rozita Che Wan, Fazli Zainal, Faye Khusairy, Jasmin Hamid, Nad Zainal, Noraniza Idris dan Mark Adam.
Izwan Isa
Sun Apr 10 2022


“Bakal Dikecam, Dihina, Dimaki Tapi…”- Iqram Dinzly Berlakon Jadi Suami Yang…
Jahat sangat ke Iqram Dinzly?

Karaoke Superstar Minggu 5 - Highlight & Komen Juri
Layan teruk weh Karaoke Superstar Minggu 5! Korang enjoy tak layan? Kalau nak tengok lebih lagi...dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99/bln dan nikmati 60 HARI PERCUMA bila anda daftar secara online di astro.com.my #KaraokeSuperstar #astrogempak

“Tak Mintak Free. Tak Mintak Diskaun Pun. Class Act” - Pemilik Restoran Di London Puji Siti Bantu Promosi Kedai Secara Percuma
Memang ada kelas!

Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"
Jodohku Babysitter gandingkan Aliff Aziz dan Intan Najuwa!

Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"
Aiman Hakim bintangi She Was Pretty versi Malaysia.

Dedah 2 Kali Terima Jemputan Haji, Alif Satar Gembira Ibu Bapa Terima Panggilan Dahulu
Alhamdulilah...

Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah
Keputusan terkini mahkamah

"Kita Takkan Biar Perlakuan Tak Senonoh ..." - JHEAT Siasat Video Pelanggan Peluk Wanita
Kedai viral di Terengganu dalam pemantauan..
.jpg?ext=.jpg)
Dahlah Disaman Bekas Pengurus RM13 Juta, Ricky Martin Didakwa Pula Lakukan Keganasan Domestik?
Dua masalah datang serentak!

"Moga Dapat Haji Mabrur, Istiqamah Bertudung & Tutup Aurat" - Netizen Panjat Doa Buat Nelydia Senrose
Semoga dipermudahkan.