Laman Utama
"Cepatnya Perut Awak Flat!" - Sudah Kembali Bekerja, Peminat Kagum Dengan Badan Scha Alyahya Selepas Bersalin
Pelakon dan pengacara Scha Alyahya, 38, kini selesai menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua, Lyla Amina pada 12 Februari lalu.
Tidak berehat lama, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya memuat naik foto sudah ligat bekerja menerusi Instagram Stories miliknya.
Walaupun sedang melakukan photoshoot, isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini tetap melakukan tanggungjawabnya mengepam susu.
"Ya saya masih menyusukan anak. Express sekali setiap dua jam," kongsinya.
Menerusi posting yang berbeza, rata-rata peminat memuji akan bentuk badan Scha yang sudah langsing.
"@ninaismailsabri: Omg cepatnya perut awak flat! Awak kelihatan sangat baik.
"@arrajai: Bestnya dah kurus.
"@hazz_lynn: Makan apa cepatnya kurus lepas bersalin.
"@mummyzahrah: Adoi bestnya mummy, baru sebulan bersalin dah dapat normal saiz.
"@linaakhsani: Di mana perut selepas bersalin? Langsung tak nampak.
"@zarithsofiazakaria: Makan hati kita.. Caesarean (czer) tapi perut flat.
Terdahulu, Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2012.
Pasangan ini dikurniakan Lara Alana, 7, dan Lyla Amina yang dilahirkan pada 12 Februari lalu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Must-Watch Video