,
Hiburan

Ceria Megastar Buat Kejutan, 2 Penyingkiran Di Minggu Ke-6: ‘Human Calculator’ Diumumkan Tersingkir!

Kamaruddin Razal
08/07/2020
10:40 MYT
Minggu ke-6 ‘Ceria Megastar penuh dengan kejutan apabila diumumkan Yaashwin, atau lebih sinonim dengan gelaran ‘Human Calculator’ atas bakatnya dalam bidang Matematik, tersingkir di konsert suku akhir Ceria Megastar 2020!
Lebih mengejutkan lagi, bukan sahaja Yaashwin yang tersingkir, perjuangan bagi ahli silap mata profesional, Haiqal juga terhenti di sini sahaja.
Malangnya Yaashwin dan Haiqal tidak dapat memenangi hati juri dengan bakat unik masing-masing dan terpaksa meninggalkan pentas pada malam itu.
Membuat persembahan bertemakan ‘Cabaran Juri’ bagi minggu keenam ini, peserta Ceria Megastar, Kowachee, Yaashwin, Adinda, Nana, Ija, Group 17 dan Haiqal diberi cabaran di mana tema persembahan mereka 100% dipilih oleh juri!
Ternyata, norma baharu di mana kesemua peserta membuat persembahan di rumah tidak menjadi halangan bagi mereka untuk melakukan yang terbaik!
Program yang disiarkan secara serentak di Astro Ceria dan Astro Ria pada Sabtu lalu menyaksikan penari berumur 11 tahun, Kowachee, memenangi anugerah pilihan juri ‘Star of the Week’!
Hos program Hello Pinkfong yang berasal dari Selangor ini dicabar untuk melakukan tarian bertemakan ‘Dance Hall’ dan berjaya memperoleh markah tertinggi dari pihak juri. Juri tetap, Ernie Zakri juga memberikan beliau standing ovation!
Seperti minggu sebelum ini, peserta membuat persembahan melalui panggilan dalam talian secara langsung, manakala para juri tetap (Ernie Zakri dan Zizan Razak) bersama juri jemputan, Shuib Sepahtu, menilai persembahan mereka di studio! Hos, Nabil Ahmad, serta penasihat persembahan (Datuk Syafinaz, Alam Wakaka, dan Chubb-E) di studio juga berinteraksi dengan peserta melalui panggilan dalam talian.
Dengan tinggal 5 lagi peserta, bagaimana pula nasib Kowachee, Adinda, Nana, Ija dan Group 17 yang bakal bersaing di minggu separuh akhir pada Sabtu, 11 Julai 2020 ini?
Bertemakan #RoadToFinal, siapakan di antara mereka ini yang akan tersingkir di saat-saat genting pertandingan percarian bakat best of the best ini?
Saksikan ‘Ceria Megastar’ pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Siaran secara serentak juga akan dipancarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Zoo Di China Buat Hal Lagi, Warnakan Anjing Menyerupai Panda

gempak
20/09/2024
15:23 MYT
Sebuah zoo di China akhirnya mengakui bahawa panda yang berada di situ sebenarnya adalah seekor anjing.
Berita

21 Hari Meringkuk Di Penjara Kajang, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Hingga Rayuan Didengar

gempak
20/09/2024
14:30 MYT
Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang kerana merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu, pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Zulin Aziz Kembali Ke Pentas Lawak Selepas ‘Termakan’ Pujukan Seorang Artis! - “Ikutkan, Saya Memang Tak Nak Tapi…”

gempak
20/09/2024
13:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz mendedahkan dia pada mulanya tidak mahu menyertai pentas Muzikal Lawak Supertar 4 (MLS4) namun akhirnya berubah fikiran selepas termakan pujukan penyampai radio, Sharifah Shahirah.
Hiburan

“Sebagai Ibu Saya Kena Lindungi Anak Saya, Jenaka Seksual Bukan Perkara Main-Main” - Rozita Che Wan

gempak
20/09/2024
12:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bertindak melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
Hiburan

The Chosen One 2024: “Saya Suka Jenis Suara Yang Berlemak” – Wany Hasrita Dedah Faktor Utama Pilih Mentee

gempak
20/09/2024
12:25 MYT
Penyanyi Wany Hasrita berkongsi sebab mengapa dia memilih Geng 3 Beradik termasuk perserta solo, Qal Daienish untuk dijadikan mentee dalam program The Chosen One 2024.