Viral
“Suara Kak KM, Muka Mas Idayu” - Netizen Terhibur Dengan Gaya & Percakapan Tatty Hassan
Personaliti media sosial, Tatty Hassan, sekali lagi menjadi tular di aplikasi TikTok hanya kerana suaranya dikatakan mirip dengan usahawan terkenal iaitu Kak KM.
Malah di ruangan komen video yang dimuat naik olehnya, netizen meminta agar Tatty meniru cara percakapan Kak KM memandangkan suaranya kedengaran seakan-akan sama seperti usahawan terkenal itu.
Tatty kemudiannya cuba memenuhi permintaan netizen dengan meniru gaya percakapan usahawan tersebut.
Kata Tatty, ini bukan kali pertama dia menerima komen daripada netizen yang menyatakan suaranya menyerupai Kak KM.
“Ini bukan kali pertama saya dapat komen macam ni, tapi tak apa kita cuba jadi Kak KM. Sama atau tidak?,” katanya menerusi video di TikTok.
Video tersebut ternyata memuaskan hati pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan gelagat Tatty dan ada juga yang mengusik dan meninggalkan komen gurauan mereka dengan menyatakan mukanya seperti Wani Hasrita dan Mas Idayu.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Must-Watch Video