Laman Utama

Cerita Padu Teruk! Ini Lima Sebab Harus Tonton Pak Mat Lif & AJK

Mya Amri
23/06/2021
14:50 MYT
Filem terbaharu arahan pelakon dan pengarah, Khir Rahman berjudul Pak Mat Lif & AJK sudah pun menemui penonton sejak 10 Jun lalu.
Walaupun pada mulanya ramai memberikan tanggapan negatif dan was-was selepas melihat poster filem berkenaan namun seeloknya tidak disarankan berbuat demikian kerana Pak Mat Lif & AJK ini memang best!
BACA: “Jangan Nilai Berdasarkan Poster Please”– Lulus! Kudos To Khir Rahman, Ramai Puji Arwah Pak Mat Lif & AJK
Ternyata, selepas ada yang memberikan kepercayaan menonton filem tersebut, ramai yang yang sudah mula jatuh hati dengan filem yang mengangkat gabungan genre keluarga, komedi dan komuniti penduduk dalam kalangan masyarakat.
Sehinggakan ada yang tidak puas dan menonton Pak Mat Lif & AJK berulang kali!
Apa yang pasti, filem arahan Khir Rahman ini menjanjikan sebuah jalan cerita yang cukup dekat dengan kehidupan masyarakat kita.
Justeru, Gempak kongsikan lima sebab kenapa anda perlu tonton filem Pak Mat Lif & AJK di pawagam rumah anda, Astro First.
#1 Khir Rahman
Pelakon dan pengarah yang memang tak perlu diragui dan dipertikaikan lagi kehebatanya sama ada di layar lebar, di pentas lawak mahupun kaca televisyen!
Menariknya lagi, filem ini juga merupakan naskhah istimewa Khir Rahman selepas 10 tahun, jadi korang mesti boleh bayangkan macam mana kan.
#2 Pelakon veteran yang dirindui
Lupakan seketika wajah pelakon popular yang sering menghiasi poster, kali ini, Pak Mat Lif & AJK mengangkat barisan pelakon veteran.
Kalau korang peminat sitcom komedi Pi Mai P Mai Tang Tu, ini merupakan antara sebab harus tonton kerana pelakon yang popular menerusi watak Ravi dengan tagline ‘sudah tukar ka’, Sathiya juga ada dalam filem ni tau!
Oh! Tak cukup dengan itu, pelakon berkaliber, Jalil Hamid pun ada. Jadi banyangkan bila pelakon veteran bergabung dalam satu filem, hasilnya mestilah power! Belakon filem santai-santai pun boleh beri impak tau.
#3 Kisah Masayarakat
Bukan sekadar hiburan kosong semata-mata, tetapi Pak Mat Lif & AJK mengangkat kisah komuniti flat yang sering berdepan dengan masalah sama iaitu kerosakan lif.
Banyak babak dalam filem ini juga boleh dikaitkan dengan kehidupan harian antaranya gelagat penduduk flat, keharmonian pelbagai kaum, masalah harian dan sebagainya.
Selain itu, Pak Mat Lif & AJK mengandungi banyak mesej berguna untuk penonton antaranya yang berbentuk kekeluargaan.
#4 Jalan Cerita Tak 'Complicated'
Jalan cerita filem ini mudah difahami dan simple. Memang sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa had umur.
#5 Watak serius Joey Daud
Sedikit kelainan diberikan untuk Joey Daud di mana dia perlu membawakan watak sebagai seorang yang serius!
Bayangkan, daripada seorang yang memang kelakar perlu menukarkan karakternya menjadi serius. Ha macam mana tu kan?
Jadi kepada yang belum menonton, apa tunggu lagi kan? Gerenti seronok punya!
Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd ini dibawa terus ke Pawagam Rumah Anda, oleh Astro Shaw menerusi Astro First, saluran 480.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
goldmovie

#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

gempak
12/07/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Jack Tan berkongsi perubahan bentuk badannya dalam menjayakan watak Cheah Liek Hou menerusi filem Gold.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Filem

#Gold: Baru Sahaja Keluar Trailer, Ramai Tak Sabar Nak Tengok - "Abang Teh Punya Filem Mesti Kena Tengok!"

gempak
26/06/2024
08:25 MYT
Walaupun baru sahaja trailer dikeluarkan, namun rata-rata netizen sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem Gold.